20 October 2009

Tahniah Kak Raihana dan Ustaz Dzul Khairi




Gembira sekali saya mendengar khabar gembira yang sampai ke telinga saya isnin lepas. Walaupun sedih sedikit kerana mungkin saya antara manusia yang ketinggalan zaman mengenai berita tersebut. Pun begitu saya sangat teruja mendengarnya.

TAHNIAH BUAT KAK RAIHANA DAN USTAZ DZUL KHAIRI...

Sudah agak lama benar saya tidak menulis di blog ini. Tapi bukan bererti saya berhenti menulis. Cuma saya menulis di tempat lain arena yang sama, tapi gaya penulisan berbeza. Kerana itu saya sudah agak rindu yang amat untuk kembali menulis bebas gaya penulisan peribadi dan tampil dalam fikrah jelmaan sendiri.

Agak banyak sebenarnya idea yang muncul ditengah-tengah kehidupan seharian saya sepanjang sebulan ini. Setiap kali itu, pasti saya teringat ke 'fikrahnazifa' yang sudah lama sepi. Kali ini saya fikir saya perlu menyempatkan diri juga untuk menulis di sini. Tambahan lagi memikirkan ke'wajib'an saya mengucapkan tahniah kepada Ustas Dzul dan Kak Rai.


Gambar kak Rai-dari blog Ustaz Dzul:hehehe...lucula pula..Tapi kak Rai jauh lebih comel dari gambar ini


Saya baru sempat menjengah ke blog Ustaz Dzul dan terlihat gambar kak Rai(di atas). Comel. Tapi yang pasti tuan empunya diri jauh lebih comel dari gambar itu. Mirip dari segi gambaran. Penuntut 'ekspress' PHD walaupun dia juga bekas mantan pimpinan PMIUM. Kagum..Bayangkan dalam kesibukan masih berjaya cemerlang dalam pelajaran.

Apa yang pasti, saya doakan moga mereka kekal bahagia hingga ke Syurga dan saya percaya kita semua begitu... (^_^)

SELAMAT YA KAK...



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

27 September 2009

Catatan Musafir Raya




Tahun ini saya dikurniakan Allah syawal yang lain dari sebelumnya. Alhamdulillah, raya kali ini sempat juga saya menjelajah ke 4 buah negeri termasuk KL...(5 sebenarnya termasuk selangor dan tak campur laluan bas)

Rugi saya tidak sempat ambik gambar walau sekeping pun. Mungkin sebab bukan tabiat saya yang suka mengabdikan foto sendiri. Tapi rasa rugi juga, sekurang-kurangnya ada dua tiga gambar pemandangan dan suasana kemeriahan raya yang boleh sepatutnya saya kongsikan bersama-sama posting ni.

Raya ke 3: bertolak malam dan sampai jam 4+- pagi raya ke empat


Jelajah saya bermula di Kelantan. Untuk itu special thanks saya ucapkan buat keluarga Kak Syahira (housemate merangkap timbalan HEWI PMIUM) juga kepada keluarga akh Al-Amin dan Mira atas pelawaan ke rumah. Juga Khas buat Akh Al-Amin yang sudi menjadi pemandu jalan walaupun keadaan Kelantan yang masyaAllah sangat sesak.

Tujuan paling besar adalah berjumpa dengan adik tersayang Ummi Nursyafiqah yang juga tidak balik..gembira dapat jumpa Ummi. Sejuk mata memandang,,insyaAllah 2 lagi hero family bakal menjadi mujahideen..aminnn

Kelantan

Bila perayaan menjelang terutamanya hari kebesaran Islam keadaan jalan raya di Kelantan akan menjadi sangat-sangat sibuk. Padahal, hari-hari biasa knederaan boleh lancar bergerak. Bayangkan sahaja, hendak ke Ketereh dari Kota Bharu sahaja sudah boleh menjangkau waktu yang agak panjang dari Zohor sampailah masuk waktu Asar. Padahal jarak perjalanan biasa hanya +-15 minit...

Bukti bahawa anak Kelantan banyak berada di luar Kelantan. Yang pastinya, kereta-kereta milik anak-anak kelantan semuanya jenis mewah-mewah... hmm lepas ni kita mungkin bleh buat kajian banyak-banyak negeri-negeri di Malaysia, negeri mana yang anak tanah tumpahnya paling berjaya... teruja pula nak mengetahuinya. Kerana mungkin kalau bukan Kelantan di tempat pertama, mungkin akan berada di top 5.

Raya ke 4 : bertolak malam dan sampai 4+- pagi raya ke lima

Sampai di Butterworth. Special Thanks buat Keluarga Siti Fatimah Hashim (sahabat satu batch merangkap Timbalan Pengarah USB Kenduri) hehe... Juga Special Thanks buat kak Jun juga Akh Al-Amin. Malangnya saya tidak sempat berjumpa Makcik Khatijah (mak angkat). InsyaAllah panjang umur saya datang lagi rumah makcik.. Ni semua gara-gara talian celcom yang entah diserang virus apa hingga langsung sehari terganggu.

Sempat juga menikmati juadah RFC( Radix Fried Chicken).. Juga sempat bersiar-siar menaiki Feri. Seronok naik feri. Tapi seronok lagi naik feri Mambakut-Labuan.. :)... SubhanalLah...Sesungguhnya laut itu sungguh cantik

Pulau Pinang

Jalan kurang sesak sebagaimana Kelantan malahan lengang.. Sempat bertandang ke Kedah Sungai Petani semata-mata untuk merasa enaknya hidangan special HPA. Nyata-nyata RFC setaraf dan setanding dengan KFC. Bezanya cuma dia masih baru. Dan paling penting pekerja-pekerja RFC perlu mendapat latihan biar lebih cekap.

Sedap mata memandang dengan semua pekerja bertudung, berpakaian sopan seusai tuntutan. Jom pakat-pakat sokong ekonomi Islam...

Lagi yang boleh dikongsi, sempat bersama-sama menghadiri majlis jamuan raya anak-anak penang. saje menyebuk.. Sempat berkenalan dengan sahabat anak-anak penang juga sempat mendengar forum sebentar yang dipengerusikan oleh Saudara Zainulfaqar (bekas calon Parti Mahasiswa Negara merangkap pengamal media PAS merangkap mentor saya). Antara ahli panelnya, En. Mohd Azmi Abdul Hamid @ Cikgu Azmi (Presiden TERAS), Ahli Parlimen PKR dan ketua pemuda PAS pulau pinang. menarik tapi tidak sempat menghayati kerana hendak bertolak ke stesyen Bas untuk kembali semula ke KL.

Pernah datang ke Penang satu waktu dulu semasa tengah sibuk pilihanraya kecil permatang Pauh. Beza bila banyak bendera dengan tak de bendera langsung. Apa yang pasti, tahniah Pakatan Rakyat.

Raya ke 6 : bertolak pagi jam 1.30pg dan sampai 6+- pagi raya ke enam.

Alhamdulillah selesai juga musafir. Pengalaman baru yang menyeronokkan. Walaupun niat hati belum mahu pulang dan hendak meneruskan musafir ke Jitra Kedah, tapi tak kesampaian. Belum ada reseki nak sampai Jitra (rumah Kak Ummi Hani : Housemate merangkap TKP Tenang Anak Soleh juga Kenduri). Rehat sebentar kemudian bersiap sedia untuk menerima kehadiran tetamu... Syawal(Timbalan Bendahari PMIUSM) datang rumah. kata satu kereta rupanya tiga orang je. hmm.. masak dah banyak. Tapi tak pe..bleh juga bagi anak-anak penghuni tingkat 15 Flat perumahan Pantai Permai..huhu tapi budak-budak sekarang nak duit raya je bukan nak makan sangat pun.. Special Thanks buat sahabatku tersayang Tini Duraid(SEMAI+NILAM PURI+KL+AKHIR HAYAT) yang bersusah payah jadi pengarah masakan.

Sempat dibawa lari oleh Syawal dan kengkawannya ke rumah Presiden PMIUSM Pulau Pinang. Mujur dia masih kenal saya walaupun sebenarnya baru sekali berkerja sama. Hebat ingatan dia. Terima kasih semuanya...


Raya Bersama MARSIS


Lupa pula nak kongsi. Part apling penting sebenarnya tahun ni. Raya pertama dengan Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak. Alhamdulillah, walaupun kehadiran tu tak la ramai sangat. tapi majlis berjalan lancar dengan jayanya. Special Thanks buat sahabat-sahabat MARSIS Shima, Husbah, Tini, Azimah, Rusni dan muslimin semuanya.

Alhamdulillah Syukur dengan kurniaan Allah. Hanya itu yang dapat saya katakan setelah semuanya berlalu. Sekarang time to fokus untuk gerak kerja dan study di kampus pula. sekali lagi terimakasih buat semua yang telah memberi ruang untuk pengalaman yang berharga ini...Salam Eid Al-Mubarak...

P/s : hadiah raya tahun ni...hehe saya dah pandai bawa motor..terimakasih kak Ira (membantu memberi keyakinan dan keberanian bawa moto dan kak Ummi untuk jasa meminjamkan moto selama cuti)




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

09 September 2009

Ukhuwwah yang tersangkut




Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..
.




Tahniah kak LinaLink atas persembahan video yang sangat menarik sempena hari interaksi PMIUM.. Saja letak video ni sebab ada sedikit kaitan dengan Ukhuwwah.... Indahnya ukhuwwah yang dibina...maka jagalah ia sebaik mungkin...

Rupa-rupanya dalam tak sedar, mungkin kita ada menyakitkan hati orang lain tanpa sengaja. Rupa-rupanya dalam tak sangka, kita ada terlaku sesuatu yang kurang berkenan di mata orang. Rupa-rupanya dalam tak sengaja, kita pernah membuatkan hati orang lain sedikit terguris...

Dalam dia terguris...kita pula diam seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Pasti hati orang yang teguris akan lagi terguris kerana apa namanya ukhuwwah jika hanya kerana perkara yang kecil sahaja sudah sanggup mencalarkan ukhuwwah yang terbina...mungkin fikir dia...

Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..

Benar saya tidak bermaksud melakukannya..maaf...
Benar saya tidak sedar saya melakukannya..maaf...
Benar saya langsung tidak menyangka saya terlakukannya..maaf...

Rupanya dalam saya tak sedar, ada sedikit salah faham antara saya dengan seseorang yang sangat-sangat saya hormati malah saya sayang sewaktu program KRIS Sipitang lepas. Yang pasti saya benar-benar tidak sedar akan perlakuan saya yang sedikit membuat hatinya terguris. Pada perkiraan saya, kita meninggalkan segalanya tenang dengan hati yang senang. Rupanya perkiraan saya silap...

Mujur ada insan yang baik hati mengkhabarkan perkara itu pada saya. Kalau tidak, ya Allah..benar saya tak tahu...


Mungkin perjumpaan kami selepas ini setelah sekian banyak bulan tak berjumpa akan menjadi sedikit hambar dek kerana kesan di hati yang masih ada.

Benar...

Sesungguhnya, pertalian ukhuwwah yang didasari dengan ukhuwwah islamiah itu manis rasanya. Tidak ada sebab untuk kita menghancurkannya demi kerana kepentingan peribadi...
bukankah kita berpegang dengan sabda Rasulullah

" Tidak beriman seorang daripada kamu sehinga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Binalah ukhuwwah yang didasari dengan iman. Bila kita sudah memilikinya maka jagalah ukhuwwah itu dengan sebaiknya. Saya ingat kata-kata ini. Malah saya berpegang dengan kata-kata ini..

Kita menginginkan jiwa yang tenang. Maka perolehinya dengan membina hubungan ukhuwwah yang benar-benar dilandasi iman. Perolehinya dengan benar-benar membuat hati sahabat senang...Perolehinya dengan berusaha semampu mungkin mendahulukan sahabat berbanding hati dan nafsu...

tapi

Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..
.

Tapi kita perlu mencuba. Mencuba hingga berjaya...

Yang pasti saya akan memohon maaf dari dia, akak yang sangat saya hormati dan saya sayanggi bila masa sesuai dan terbaik..moga-moga waktu yang saya pilih dipandu oleh Allah dan itulah yang terbaik bagi kami.

Mohon maaf kak..benar tidak sengaja..benar tidak tahu...

fikrahnazifa
http://fikrahnazifa.blogspot.com





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

04 September 2009

Berbuka di KAKI LIMA Sogo




Saya baru sahaja selesai kelas Bahasa Inggeris. Kelam kabut juga sebab assingment yang sepatutnya saya hantar hari ini belum siap sepenuhnya. Ini semua gara-gara beberapa hari ini 'sistem pengurusan pembelajaran' saya yang kurang teratur. Mungkin juga gara-gara himpitan kerja yang sedikit memeningkan. Ya saya akui sedikit terlambak dengan kerja-kerja, bila merasa begitu, adakala hati jadi lemah juga. Moga segala anugerah kesibukan yang tertimpuk ke bahu kita semata-mata hanya untuk menambah bekal ke Akhirat...amin..

Mujur...mujur saya ada Allah.. Nak dijadikan ceritanya, assingment B.I siap juga sementara kelas berlangsung. Saya pun tak boleh nak pastikan macam mana ia berlaku. Yang pasti Madam tak marah..(^_^) thank you madam Hajah...

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. bukti kebesaran-Mu di depan mata.
Ya Allah, agak-agak nak ambik masa 30 minit je nak menulis, tapi ni dah masuk 1 jam. Mana tidaknya penulisan tertangguh gara-gara dialog berganti-ganti dengan sahabat-sahabat. Seronok hidup punya sahabat-sahabat yang ramai dan sangat mengambil berat hal kita.

Beberapa hari lalu saya sempat berbuka puasa di kaki lima Sogo. Pelik bunyinya bagaimana seorang muslimat boleh berbuka puasa di kaki lima Sogo kan? (^_^) jangan salah faham..sebenarnya saya berbuka puasa dengan mak saudara dan ayah saudara yang datang jauh dari Sarawak.

Seronok melihat suasana sepanjang jalan dari Masjid India hingga ke Sogo dipenuhi oleh manusia-manusia yang siap dengan makanan dan air menunggu waktu berbuka, tapi...yang menyedihkan, banyak diantara mereka merupakan pasangan-pasangan remaja..Ya Allah..inikan bulan Ramadhan. Apa tiada rasa hormat walau sedikitkah di hati mereka kepada bulan yang sepatutnya kita mendidik nafsu... Moga Allah kurniakan kita hidayah..

Kawasan sebelah Maidin penuh dengan pengerai-pengerai yang mengambil kesempatan untuk mencari nafkah buat keluarga.

Masuk waktu Maghrib beberapa pengerai mula beransur, tunaikan solat saya yakin.

Rugi, malam itu saya tertinggal solat Tarawikh.. Saya kira saya sempat pulang ke rumah sebelum masuk waktu isya. Tapi tidak...Sedih...Agak sukar juga kalau saya hendak solat di Masjid India memandangkan saya terpaksa bergegas balik, bimbang balik terlalu lewat.

Masuk waktu tarawikh baru saya bertolak pulang. Ramai lagi orang. Malah penunjungnya semakin ramai. Waktu inilah sebenarnya saya terfikir "kenapa sebenarnya manusia lebih memilih untuk berjual beli dengan manusia berbanding berjual beli dengan ALlah"

"KENAPA MEMILIH JUAL BELI DENGAN MANUSIA BERBANDING MEMILIH BERJUAL BELI DENGAN ALLAH.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (as-Saff 61:10)


تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَ ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (as-Saff 61:11)

Bacalah firman Allah di atas. Sama-sama kita hayati dan temui hakikat sebenar apa yang Allah sampaikan. Kan Allah sudah memberikan janji. Kan Allah sudah tawarkan jual beli yang terbaik..malah jual beli itulah yang menyelamatkan kita dari api neraka.

Tapi itulah manusia lebih memilih jual beli dengan manusia berbanding jual beli dengan ALlah. Kaki lima Sogo menjadi saksi..bahkan saya yakin begitu banyak lagi tempat di dunia ini yang menjadi saksi kelalaian jiwa manusia.


Malam itu saya saksikan para peniaga dan pembeli yang sedang berjual beli sesama manusia. Tukarannya hanya duit dan juga barang. Duit yang boleh habis, duit yang hanya menjanjikan kesenangan dunia (malahan sering mendatangkan kesusahan dan kerugian bila diri lupa daratan).
Mereka memilih jual beli itu. Alangkah baiknya jika kita ambik sedikit masa dibulan Ramadhan yang mulia ini dengan luangkan masa untuk beribadah kepadaNya. Percayalah.. jual beli itulah yang lebih bernilai berbanding jual beli sesama manusia.
Percayalah jual beli itu bukan hanya menjanjikan Syurga sebagaimana Firman Allah..tetapi juga mendatangkan kesenangan di dunia bahkan rezeki juga akan datang tanpa kita sangka. Percayalah..
Percayalah dengan pergantungan kepada Allah..Percayalah dengan jual beli dengan Allah.

MUHASABAH BEBERAPA HARI RAMADHAN

Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-14... Macam mana agaknya prestasi ramadhan kita sehingga ke hari ini.. Entah saya sendiri risau dengan prestasi ramadhan saya.

Saya inginkan jiwa yang sufy Ramadhan ini. Tapi sampai sekarang saya masih tidak merasakan peningkaan kepada perasaan itu. Kenapa ya Allah..?? Untuk itu, saya ucapkan terimakasih kepada Ustaz Dzulkhairi atas posting cerpen sufi beliau...Link.


Ramadhan yang tinggal ini marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah dan amalan kita. Banyakkan doa dan penhayatan sebenar dalam ibadah. Moga-moga ramadhan yang berbaki inilah yang akan medatangkan jiwa yang sufy kepada kita...

AMIN..

Mencari jiwa yang sufy
Http://fikrahnazifa.blogspot.com




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

30 August 2009

Jalan Pulangku




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Menulis sambil menghayati lagu... Jalan Pulangku by UNIC

Lagu ini pertama kali saya mendengarnya untung kebetulan secara live. Waktu itu ada majlis penyampaian anugerah kepada graduan cemerlang Akademi Pengajian Islam di Dewan Kuliah Utama. Dalam majlis tu, team pentomen kami dijemput buat kali ketiga untuk buat persembahan setelah Konsert Antara Dunia dan Pentomen Islamik Festival Konvokesyen UM (FESKUM)-tiba-tiba jadi popular seluruh UM...huh ini lari dari matlamat hidup@bukan impian-

Waktu itu juga kami duduk sepentas dengan kumpulan nasyid UNIC sebab tak ada disediakan bilik persalinan jadi hanya duduk d belakang pentas sementara menunggu giliran. Tapi tak teringin pula nak minta autograf atau tanda tangan. Kenapa ye? mudah-mudahan itu semua adalah menifestasi dari perasaan bahawasanya hamba itu semuanya sama..hanya iman dan taqwa di Sisi ALlah sahaja yang membezakan taraf kita.

Ketika mula-mula mendengar lagu ini, tersentuh sampai ke ulu hati. Keterujaan mendengar lagu-lagu berunsur 'sifat kehambaan' dan ' penyesalan memohon ampun' sebenarnya adalah ramuan utama mengapa hati ini mudah tersentuh bila pertama kali mendengar lagu ini didendangkan. Apa lagi secara live.

Jesteru untuk berkongsi penghayatan menimbulkan keinsafan, saya suka mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama menghayati lagu ini... Terimalah..



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

Http://fikrahnazifa.blogspot.com

25 August 2009

Aku ingin jiwa yang Sufy..Mohon Doa




Ya Allah hadirkanlah jiwa kehambaan sebenar-benarnya dalam diriku... AKu ingin menjadi seperti Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma, Rabiatul Adawiyah dan mereka-mereka yang telah ENGKAU janjikan Syurga. Ya Allah dengarlah rintihan hati hamba-Mu ini

Mohon di Aminkan doa ini...

Sudah lama tidak meluah rasa hati di blog ini. Mungkin kerana beberapa hari ini terasa sungguh diri ini tidak layak untuk berkongsi apa-apa dengan insan. Mungkin kerana hati ini sudah sangat tua menimpuk dosa-dosa. Hati ini sudah penat. Tapi malangnya masih saja tetap melakukan dosa.

Ramadhan ini, saya mengharapkan ada harapan baru untuk hati. Moga hati akan lebih bertenaga dengan sinar iman yang baru. Moga hati akan lebih tenang melalui kehidupan yang sementara. Moga hati akan dipandu benar-benar oleh sirat Al-Mustaqim petunjuk ALlah...

Malangnya hati ini sering terlupa..adakala ia ingat..adakala ia lupa dan membawa kepada penambahan dosa..

Biar bagaimanapun..Mohon doa dari sahabat-sahabat moga hati ini akan lebih istiqamah dipandu oleh cahaya ALlah...

Al-Faqiru illalLah






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design