14 April 2009

Perasmian Blog Baru : Hijrah Untuk Islah




Alhamdulillah akhirnya Fikrah Nazifa 2(FN2) siap sepenuhnya. Niat untuk berpindah blog akhirnya tertunai. Walaupun rasa sedih menguasai diri sebab terpaksa melupakan Fikrah Nazifa 1 (FN1) atas asbab-asbab kemaslahatan.

Ini adalah posting pertama setelah siapnya FN2. Posting ini saya tujukan khas kepada Fikrah Nazifa 1 yang sudah banyak berbakti dan sebagai tanda memperingatinya. Sememangnya jasa FN1 sangat besar dan tidakkan dapat dinilai walaupun dengan wang ringgit..huhu.. (mood sedih)

Walaupun begitu, hidup mesti diteruskan, dan kali ini saya mempersembahkan FN2 sebagai penganti kepada FN1. Semoga FN2 juga boleh diterima oleh pembaca-pembaca laman-laman maya (^_^).

Wujudnya FN2 dengan tema "Hijrah Untuk Islah". Tapi tema ni bukanlah tema kekal..nanti-nanti akan terubah sendiri mengikut peredaran zaman. Tema itu dipilih kerana saya mengharapkan penghijrahan ini akan menambahkan lagi semangat saya untuk berjihad melalui siber dan penulisan. Dan paling penting niat kena diperbetul...

Saya akui bukan senang mau tukar blog...huhu..perlukan kesungguhan dan pengorbann. Seharian menghadap laptop (mujurlah laptop ni tiada mulut, kalau tak mesti da menjerit kepenatan) semata-mata untuk menyusun susunletak, design berhadapan pula dengan kod-kod HTML yang memeningkan, dan sebagainya sampai la FN2 jadi sebagaimana yang ada sekarang.

Kalau FN1 dulu, banyak kenangan yang tidakkan terlupakan sepanjang berkerja-sama dengannya, FN1 tempat mengadu, FN1 tempat mengkritik, FN1 tempat bermuhasabah, FN1 yang memeningkan, FN1 juga medium yang menemukan saya dengan ramai sahabat baru....muga FN2 dapat memberikan fungsi yang sama disamping pertambahan fungsi-fungsi yang lain yang sebelum ni tiada pada FN1.

Cakap pasal FN1 ni memang takkan sudah, hampir mencapai tempoh setahun bersama dengannya, Yang pasti FN1 is the best...dan FN2 pun akan jadi lebih the Best...Moga-moga begitu... Dan moga kuantiti waktu akan sentiasa ada untuk FN2..

Maka dengan ini, pada hari ini bertarikh 18 Rabiul Akhir 1430H bersamaan dengan 14 April 2009 , tepat jam 4.43 pagi,dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM FIKRAH NAZIFA 2 dilancarkan secara rasmi sebagai lidah siber rasmi annisaNazifa.


AL-FATIHAH

WAJAH-WAJAH FIKRAH NAZIFA 1








JORDAN..

13 April 2009

Alamat Blog baru???




Menulis lagi menulis lagi..

hmm..berkemungkinan fikrah nazifa akan berpindah alamat ke - http://fikrahnazifa.blogspot.com/... Tapi rasa sayang pula dengan blog ini...Keputusan belum dibuat..tetapi kemungkinan besar itu wujud.

Fikrah nazifa adalah nama pena bagi annisaNazifa...Kadang kala mengunakan nama sendiri ni kurang enak... Jadi kerana itulah saya hampir (masih dalm pemikiran) menukar alamat blog..tetapi isiya tetap sama..tetap orang yang sama yang empunya akal fikiran.

Saya masih berfikir-fikir untuk mau tukar templets blog atau tak...mungkin saya perlukan pendapat siapa-siapa yang sudi memberi pendapat.

Cuma kalau saya bertukar ke link lain, sudah pasti sahabat-sahabat maya sukar untuk menjejaki...tapi mungkin saya boleh letakkan link baru di blog ini...misalnya

"blog ini sudah berpindah alamat ke http://fikrahnazifa.blogspot.com/"

Tapi...semua ini masih dalam pemikiran. Kerana sangat sayang dengan blog yang satu ini... Tapi hidup mesti diteruskan dan perubahan itu kan untuk kebaikan...mudah-mudahan.

Berpindah alamat bermakna sejumlah masa perlu diperuntukkan untuk bermain dengan HTML... Poning..poning...

Hmm..tengoklah nanti...yang pasti saya masih boleh menulis dan akan terus menulis, kerana akulah seorang penulis. :)



Ini wajah pertama... :) .. sebelum ditambah-baikkan





JORDAN..

12 April 2009

Membebel dengan nikmat Allah




"Ukhti, ana baru dapat message yang adik kita Nat, dapat tajaan untuk belajar di pondok"

"Alhamdulillah...SubhanalLah, kalau memang rezki Allah berkehandakkan begitu...mesti ada jalan biarpun susah"


Sahabat yang sangat saya sayangi menghantar khabar berita... Alhamdulillah nampak gayanya bumi tanah tumpah lahirku akan bertambah lagi bilangan ulama. Sebelum ini hanya seorang, dan kini bertambah lagi dua..bermakna 1+2 jadi 3... 3 tu...kalau bahasa arab sudah di kira jama'... Alhamdulillah..

Lepas ni mudah-mudahan bilangan itu akan bertambah lagi. Tapi kalau tak pun, 3 tu pun sudah besar anugerah Allah. InsyaAllah lepas tu mesti akan ada penambah-biakkan daripada 3.

Besar sebenarnya nikmat Allah pada hambaNya. Sangat besar... hanya kita sahaja yang antara tahu menilai atau tak...

Percaya atau tak...cuba kita sama-sama renungkan...kita ni kan banyak dosa..tetapi perasan tak, kenapa kita masih boleh berjalan-jalan di muka bumi Allah ni. Kenapa kita masih senang lenang duduk di kerusi, boleh pula tu tidur dengan tenangnya di tilam yang empuk.. Tak cukup dengan itu, Allah tambah pula dengan beri rezeki. Hari-hari boleh makan. Paling tidak pun minum air. Lagi, Allah kurniakan sahabat-sahabat atau kawan-kawan (apa-apa la) yang baik hati lagi menyayangi kita... perasan tak..perasan tak..???

Emm.. ok mungkin itu bagi orang lain, emmm kalau orang lain pula, maksud saya yang suasana hidupnya berbeza, perasan tak yang kamu masih ada rumah, masih ada mak ayah, masih ada emm kereta atau paling koman masih ada nyawa... Masih ada nyawa tu kan maknanya Allah bagi masa untuk bertaubat...dah perasan?? dah perasan ke?? ke tak perasan lagi tak tahu la..(kena berubat atas sejadah la kalau begitu...lagi mujarab kalau buat lepas tidur then jam 2 , 3 pagi tu baru bagun-heeee senang je saya cakap kan..saya pun nak buat tu astaghfirullah susahnya...)

Berbalik kepada soalan tadi, betulkan nikmat Allah tu besar??? betul la...( tak percaya dah jangan baca) Saya yang banyak dosa ni pun Allah bagi nikmat macam-macam...

Tapi dalam banyak-banyak dosa dan nikmat yang Allah bagi tu, kita masih dengan tak malunya buat permohonan pada Allah. Layakkah kita??? Kalau buat salah pada manusia, lepas tu boleh pula minta macam-macam saya rasa, awal-awal lagi kena reject...mungkin bukan takat reject, keluar la kata-kata sinis dan macam-macam lagi kemungkinan yang boleh berlaku...Tapi tidak DIA yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...

"Ukhti, ana rasa ana nak duk pondok la, tenagkan hati yang banyak dosa ni"

"jom la kita sama-sama"


Mesti bestkan kalau duk pondok...seharian hanya dipenuhi dengan ibadah, menuntut ilmu... Jauh dari benda-benda lagha... saya membayangkan kalau saya dapat duk pondok..mesti sekarang saya tengah menadah kitab-kitab kuning... Kalau kat Pondok Pasir Tumbuh muslimatnya pakai purdah dan jubah, memang tak jumpa muslimin langsung sebab tempatnya dipisahkan... Ya Allah tenangnya...hidup bergelumang dengan ibadah dan tiada benda-benda lagha... Dikelilinggi oleh orang beriman...

aduhhh... apa la nyamuk ni, orang baru nak berangan duk kat pondok..dia pula mengacau... huhu... kembali ke alam nyata, ternyata saya berada di Universiti Malaya.. dan ada lebih kurang 6 sem lagi untuk menghabiskan pengajian (insyaAllah, hajatnya mau ambik minor media, jadi tambah satu sem lagi..moga itu yang terbaik..)

Nikmat Allah...nikmat Allah...

Itula manusia, sentiasa mempersoalkan nikmat Allah.. Allah da bagi yang terbaik (dan memang setiap apa yang berlaku itulah yang terbaik untuk kita, yang penting nilai ia dengan IMAN) tapi masih juga nak lebih-lebih...

Tapi betul tau..kalau saya diberi peluang untuk belajar dipondok? (semua orang berpeluang, sebab pondok sentiasa terbuka untuk semua orang), maksud saya, macam saya la kan, tiba-tiba la mak dan ayah offerrrrr suh saya duk pondok... Ya Allah keci tapak tangan alam semester saya tadahkan... HAAA.. betulkah??? sanggup kah saya melepaskan nikmat dunia yang ada terbentang di depan mata ni???

ala...boleh je kot..duk pondok seminggu dua sudah la..time cuti-cuti macam tak boleh.

Tapi saya nak lebih.. nak satu semester..hmmmmm... Tapi, sanggupkah saya melepaskan semua ini...manusia, manusia. Suka sangat membebel dengan nikmat Allah..itu tak kena, ini tak kena..habis apa yang kena??? Banyak cantik...ingat kita hidup ni untuk senang lenang??? Ingat, kita akan dikembalikan kepadaNya... (membebel pada diri sendiri)

Kenapa orang nak duk pondok sangat???
pada saya jawapannya mudah...nak mendekatkan diri pada Allah.. Ye la hidup kita ni bukan selamanya di dunia, tapi yang kita cari adalah Akhirat...

Tak pe la tu... itulah.. suh bersyukur angkuh... Tu yang Allah bagi nikmat tidak bersama-sama dengan keredhaan. Tu yang rasa semua tak kena dengan nikmat yang Allah bagi tu. Ada ja yang mau di bangkang, mau dibidas... Kita siapa untuk mempersoalkan nikmat allah??? Cuba belajar bersyukur sikit..

Iklan quote...

"Hidup ni mudah, kalau kita mudahkan ia dengan IMAN... segalanya jadi indah hatta kematian itu juga indah kalau didasarkan dengan IMAN... Kerana semua itu adalah nikmat.. Nikmat disebalik ujian... Nikmat yang hanya disedari oleh orang yang mempunyai naluri yang dipandu dengan IMAN"

"Tidak semua orang mampu memahami kita... Tetapi kita perlu cuba untuk memahami orang lain untuk orang juga boleh memahami kita... kadang-kala tingkah laku kita pelik membuatkan orang lain kurang senang, kerana mereka tak faham siapa kita...kerana itu berusahalah menjadi orang yang tidak dipandang pelik untuk membuatkan orang lain senang, kerana kita juga tidak faham siapa orang lain"

Satu soalan untuk siapa yang sudi menjawab...
Bagaimana membina hati yang tenang???




JORDAN..

Ketika Cinta Bertasbih





Kalau belum beberapa selang masa dulu kita ghairah dengan munculnya filem berorentasikan Islam hasil adaptasi dari novel popular Kang Abik iaitu Ayat-Ayat Cinta. Dan sekarang ini filem kedua dari Kang Abik iaitu Ketika Cinta Bertasbih bakal muncul.

Jujurnya saya sendiri sangat tidak sabar untuk menunggu filem ini. Kalau Ayat-Ayat Cinta dulu sedikit mengecewakan, saya sangat berharap Ketika Cinta Bertasbih ini akan mengubat rasa kecewa pada AAC.

Bercerita tentang AAC Alhamdulillah saya sudah berpeluang untuk berjumpa dengan Kang Abik satu waktu dulu (pernah juga sya tulis entri tentangnya di blog ini tajuk : Penulis Cinta Berjiwa Pejuang). Ketika itu bermacam pertanyaan diajukan khusus untuk beliau dan antaranya soalan yang menjawab segala persoalan di hati saya juga saya kira semua yang menonton AAC dan kecewa dengannya.

Bila ditanya tentang AAC yang tidak sama seperti novel, AAC yang padanya terdapat adengan-adengan yang tidak sepatutnya ditayangkan, AAC yang kurang mengambarkan watak muslim sebenar sebagaimana di dalam novel...


Jawab Kang Abik... : Kalau anda kecewa...saya lebih lagi kecewa...

Pada ketika itu kesedihan menjalar keseluruh urat nadi saya... Menurut Kang Abik, dia sudah berusaha untuk menjadikan AAC seperti apa yang dia bayangkan. Maksudnya, benar-benar bersih dan keluar sebagai filem yang memenuhi syariat. Sepatutnya, bermula dari pemilihan aktor sehinggalah selesai pengambaran dia meletakkan syarat untuk dia turut serta berada di situ. Tetapi itu hanya perancangan manusia, dan manusia ini terlalu banyak helah dan perangainya. Berurusan dengan manusia lain memang payah, apa lagi kalau mereka-mereka itu tidak sefikrah dengan kita.

Maka terlahirlah AAC sebagaimana yang ada. Bayangkan saja, kalau kita sipembaca novel dan si penonton filem lagi kecewa, apalagi si penulis novel yang empunya cerita...Pasti kekecewaannya lagi membesar kerana cerita yang ditulisnya tidak sama apabila di realitikan walaupun dalam bentuk filem. Watak indah yang diwujudkan di dalam novel cacat sedikit apabila keluar ke layar filem.

Kerana itu, saya kira penantian kita kepada KCB lebih-lebih lagi menuntut kesabaran yang tinggi. Kalau menurut Kang Abik, kesilapan AAC tidak akan berulang. KCB sedaya upaya akan ditampilkan bersih dan suci. Bahkan pemilihan lima aktor utama KCB juga memakan masa dan tenaga yang banyak.



Kang Abik sempat juga meningalkan buah tangan kepada hadirin waktu itu apabila beliau dengan nada bersahaja melontarkan persoalan mengenai dunia Islam yang kurang maju dari sudut perfileman. Menurutnya, kalau ada pun cerita yang penuh, padat dan bersih dengan hukum hakam Islam, belum tentu ada panggung yang mahu menayangkannya. Kerana itu, sepatutnya kita perlu melahirkan bermula dari akademi pelakon sehinggalah ke panggung wayang yang dipunyai oleh orang Islam berfikrah Islam lillahitaala.

Apapun mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Kang Abik dan Ketika Cinta Bertasbih.. semoga segalanya akan dipermudahkan Allah dan Ketika Cinta Bertasbih benar-benar akan tampil sebagai duta filem Islam yang mengambarkan keindahan Islam sebenar...Amin...



Trailer Ketika Cinta Bertasbih


Link Web KCB




JORDAN..

11 April 2009

PSS : Tahniah Perjuangan Kalian




Pagi ini, saya sempat bersiar-siar di laman maya dan sempat singgah di blog Persatuan Siswazah Sabah [Link] juga Kelab Remaja Ukhuwah[Link]...
Subhanallah
, hanya itu sahaja yang dapat saya lafazkan. Seronok melihat pesatnya perkembangan dakwah mereka, juga sedih kerana tidak dapat bersama-sama dengan mereka.

Saya membayangkan, pasti hasil usaha mereka sehingga sekarang ini telah berjaya membentuk sedikit-sebanyak suasana kondusif berteraskan Islam di bumi Sabah. Kalau dinilai dari segi tenaga dan kekuatan, PSS sebenarnya terdiri daripada tenaga-tenaga muda yang masih dalam komitmen belajar walaupun ada senior-senior yang sudah berkerja sebagai pemantau dan ahli syura mungkin. Tetapi itulah uniknya pejuang-pejuang Islam yang ditarbiyah, sanggup berkorban harta, jiwa, masa bahkan apa sahaja untuk Agama Allah.

Saya teringat status Yahoo Messenger seorang sahabat yang mengatakan "Najib hanya layak jadi PM Sabah dan Sarawak". Aduh... rasanya seperti membara juga hati dalam kelucuan. Status YM tersebut sangat jelas memberi gambaran bahawa Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari sudut pembangunan insan, maksud saya penyebar luasan fikrah Islam sebenar. Kita tidak menafikan Dia (Najib) seorang Perdana Menteri yang baik, kerana dia juga manusia sebenar hanya jika dia benar-benar mengamalkan Islam sebenar...

Hanya saya percaya dengan usaha gigih dari syabab-syabab yang tegar berjihad di Sabah, Allah akan kurniakan nikmat kemenangan itu tidak berapa lama sahaja lagi. Saya yakin itu. Kita tunggu dan lihat kerana kemenangan dan pertolongan Allah itu pasti.

Banyak perkara yang berlaku belakangan ini adakala menjadikan saya sedikit dilanda lemah. Mujur Allah masih sayang pada hambaNya yang satu ini (sebenarnya hamba-Mu ini yang mendamba kasih sayang-Mu, moga kasih sayang-Mu benar-benar sentiasa bersama hamba-Mu ini). Terdetik hati ini untuk membuka blog keduanya PSS dan KRU. Sangat membantu, melihat kegigihan mereka. Kalau mereka begitu teguh dan kuat malah thabat dalam ranjau perjuangan, tidak ada sebab untuk saya membuang masa lemah tidak bermaya. Bukan tidak boleh lemah, tetapi jangan berpanjangan. Kerana itu hanya membantutkan gerak kerja Islam. ..Alhamdulillah...

Ketika saya mendapat tahu seorang sahabat saya dianugerahkan dengan ujian penyakit demam, saya berfikir sendiri, "aik, manusia kebal macam tu pun boleh demam"..Tetapi itulah fitrah manusia. Adakala kita diuji untuk lebih menjadikan kita kuat. Adakala ujian itu mungkin kifarah dosa. Adakala ujian itu sebagai teguran supaya kita tidak terus lalai dan leka. Dan pastinya manusia itu tetap manusia biasa kerana kita adalah hamba,walaupun kita adalah sebaik-baik kejadian.

Apa yang pasti, sekembalinya saya ke tanah air beberapa kiraan hari sahaja lagi (walaupun belum beli tiket sebenarnya) saya sangat berharap untuk dapat sama-sama bersama sahabat-sahabat PSS berjuang di negeri sendiri. Dan apa yang pasti indah dan seronoknya nikmat berjuang di negeri sendiri itu lebih besar, walaupun kita sebagai pejuang tidak boleh memilih tempat untuk berjuang..tetapi saya tetap merasakan keindahan yang luar biasa berjuang di tempat sendiri...

Ya Allah permudahkanlah usaha juang sahabat-sahabatku di sana.. Semoga usaha gigih jihad mereka akan mendapat ganjaran Syurga dan Engkau lindungilah mereka sebagaimana engkau lindungi tentera-tentera Badr. Amin...


Tidak sabar mau join KRIS... Jemput la datang KRIS Sipitang nanti





JORDAN..

08 April 2009

Peperiksaan : Indikator Mahasiswa Intelek




Bila berfikir tentang hampirnya peperiksaan, mahasiswa seperti kita akan mula gelabah mencari nota-nota, soalan-soalan peperiksaan juga apa sahaja yang boleh membantu untuk kita ‘lulus’. Adakala penyesalan timbul dalam hati sebilangan kita kerana menghabiskan waktu yang lepas hanya dengan lebih membuang masa berbanding serius mengutip ilmu berharga. Tidak kurang juga yang hanya terus selamba ‘relex’ kerana dia merasakan jawapan mungkin turun dari langit saat menjawab kertas soalan. Alangkah baiknya sekiranya kita tergolong dalam golongan yang ketika ini tenang kerana yakin dan terus-terusan meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan nanti.

Satu persoalan yang sebenarnya sedang menghantui dunia mahasiswa kini adalah tuduhan bahawa tahap intelektual mahasiswa yang dikatakan kurang berkualiti. Terlahirnya seorang graduan dari satu-satu universiti seumpama tiada harganya. Kalau di zaman ayah ibu kita dulu, lulusan bergelar graduan ini dijulang tinggi, dipandang hebat bahkan menjadi rebutan kepada agensi-agensi yang memerlukan pekerjaan. Tetapi dizaman globalisasi ini, graduan kita tidak lagi menjadi rebutan malah berlambak-lambak tiada pekerjaan. Mungkinkah kerana tahap intelektual yang kurang, atau kerana sedikitnya peluang pekerjaan?

Jawapan kepada persoalan ini ada baiknya kita lihat semula kepada orentasi peperiksaan. Mungkinkah kegagalan kita menunjukkan prestasi yang baik dalam kapasiti pointer menyebabkan kita dilabelkan sebagai mahasiswa kurang intelek? Dakwaan-dakwaan mengatakan peperiksaan adalah medan sebenar menilai tahap intelek seseorang, selalu sahaja dibidas dengan mengatakan itu adalah pembohongan. Kita bukan mahu menidakkan bahawa peperiksaan itu hanya sistem ciptaan yang kurang bernilai, bukan juga mahu menafikan bahawa peperiksaan itu kadang-kala pembohongan besar kerana tidak semua orang boleh meniru dihari peperiksaan, atau saling bertukar jawapan. Cuma kadang kala kita sahaja terlalai dan terleka kerana tidak serius menginfakkan waktu untuk benar-benar mengutip ilmu untuk diamalkan dan diajarkan seperti yang disarankan oleh agama. Dan kerana itulah, kita tidak dapat menafikan bila manusia sekeliling mengatakan tahap inteletual kita yang tidak mencapai indikator yang dimahukan.

Menyalahkan sistem pendidikan yang tidak efektif atau sistem pendidikan kita kurang memenuhi piawaian kehendak semasa bukanlah jalan penyelesaian kerana kita bukan menteri. Hanya kita adalah seorang mahasiswa yang sepatutnya bebas bersuara kalau kita mengaku kita berminda kelas pertama. Tetapi dalam konteks menghadapi peperiksaan yang hanya beberapa hari sahaja lagi, apa yang penting ketika ini adalah memfokuskan dua pertiga dari minda untuk peperiksaan selain untuk keperluan semasa bermatlamatkan Allah. Semoga dengan usaha fokus kita itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perolehan ilmu bukan hanya akan ditulis dikertas jawapan tetapi juga sebagai amalan.

Apa yang pasti, sebagai seorang mahasiswa apa yang diharapkan dihujung perjalanan mengutip ilmu ini sudah tentulah memperolehi ijazah. Ijazah yang dihari konvokesyen nanti kita akan diraikan bagaikan putera dan puteri yang berpakaian hebat seusai seorang ilmuan terulung seantero dunia. Dan pada ketika itu, ibu dan ayah kitalah orang yang paling berbungga hatinya kerana anaknya yang satu ini telah membuktikan bahawa mereka bijak dalam mendidik anak.

Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita bersama…

BULETIN PMIUM 1




JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design