01 November 2009

Tolong Jangan Tunjuk Hebat




Seorang sahabat muslimin memberikan 'kredit' kepada saya. katanya dia baru kenal siapa saya. Sebelum ini walau kami sudah terjalin ukhuwah yang agak lama dan berkerja bersama, rupanya saya lain dari apa yang dia fikirkan. Dia kata rupanya saya orang yang 'hebat'. Dia berkata begitu setelah cuma seminggu duduk menyelesaikan 'masalah' bersama berbanding dia mengenali saya hampir 3 tahun lebih sejak dari Nilam Puri. Rupanya...



Haha..Tergelak juga saya membaca apa yang dia katakan walau hanya dalam YM. 'Hebat' apa sebenarnya makna 'hebat'? Apa indikator yang meletakkan seseorang itu seorang yang boleh dikatakan hebat? Hebatkah saya..Hebatkan anda???

Saya akui, seminggu ini otak saya sedikit penat kerana setiap hari melalui sesi berfikir yang sangat memenatkan. Lebih penat dari bermain bola jaring. Agak terkejut juga saya sebenarnya dengan performance saya sendiri. Malah saya juga tidak menyangka saya mampu juga akhirnya untuk membina dan mengaplikasi apa yang pernah diajarkan kepada saya.

Sebenarnya saya juga bimbang kalau-kalau saya yang sangat banyak diberikan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu tidak dapat memuaskan hati orang yang telah mengajar saya. Malah saya risau kalau saya adalah orang yang sebenarnya silap untuk menerima semua-semua yang telah diajarkan kepada saya, kerana saya bimbang saya tidak dapat menguasainya dan mengaplikasikannya dengan baik, berdasarkan performance saya yang biasa-biasa saja malah kadang kala mengecewakan.
"Kita tidak membentuk ulama' @ engineer, tapi sejauh mana individu tersebut mahu mendalami dan menjadi arif pada bidang masing-masing. Kita cuma boleh bagi platform untuk melatih diri..."

Quotation ini saya ambil dari kata-kata 'tok guru' saya. Sememangnya saya akui saya sedikit obses dengan tok guru tok guru saya. Bahkan saya sendiri tidak sanggup untuk mengecewakan mereka walau hakikatnya saat ini saya ada sedikit perbezaan pendapat dengan mereka. Itu semua berkenaan dengan di mana saya patut duduk.

Cuma apa yang saya boleh katakan, kehendak Allah tidak ada yang mustahil. Sangat tidak mustahil untuk seseorang yang berkarekter lain akan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Percayalah. Malah seorang pemain yang dilihat tidak pandai bermain rupanya boleh berubah menjadi orang utama penjaring gol dalam aplikasi permainan setelah melalui banyak sesi latihan. Dibantu dengan kekentalan jiwa dan hati untuk cekal menghadapi apa jua ujian dan peluang yang datang dan diberikan. Dan itulah jawapan saya kepada sahabat muslimin saya tadi. Dan percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil untuk anda juga kita. Pointnya...Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saya masih bimbang dengan adik-adik yang terlalu awal diberikan kepercayaan mengendalikan sesuatu yang sangat besar. Saya bimbang itu akan menyekat proses pembelajaran mereka. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dalam kapasiti kita sebagai seorang yang masih belajar. Berbeza dengan kapasiti kita yang perlu turun perform. Bimbang saya berdasarkan bukti ke'terencatan' yang berlaku bukan sekadar persepsi...tapi mungkin juga saya sekadar berpersepsi...

Cuma mengambil kata-kata tok guru yang saya quoatekan di atas, saya yakin di mana pun kita diletakkan, yang pasti andai kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya kita akan menjadi orang yang HEBAT.

Bercakap lagi saya tentang 'hebat'. Padahal saya masih tidak tahu indikator apa sebenarnya yang boleh kita letakkan untuk menilai kehebatan seseorang. Tapi saya yakin seperkara, andai kita yakin dengan apa yang kita lakukan setelah menilai pertimbangan-pertimbangan semasa dan menilai kekuatan dan kelemahan, dalam konteks aplikasi hasil pembelajaran...maka kita akan tahu 'dream' apa yang patut kita bina untuk diri kita sendiri. Berpegang dan berlandaskan apa yang terbaik selaras dengan perancangan Allah. Mohon panduan Allah....juga bantuan sahabat-sahabat dan nasihat.

Perkongsian saya andai sekiranya saya layak untuk berkongsi, gunakanlah sebaiknya platform yang disediakan untuk belajar. Biar di mana pun kita dicampakkan dan peluang yang diberikan. Terimalah semuanya dalam kondisi kita yang ikhlas untuk belajar. Belajarlah dengan semaksima mungkin...InsyaAllah hasilnya nanti adalah memberansangkan Dan kita akan menjadi orang yang 'HEBAT'..Tapi tolonglah jangan tunjuk hebat. Yang penting....Serahkan diri untuk Islam...Moga itu adalah saya..moga kita semua penghuni SyurgaNYA... Allahua'lam.

...Menulis seperti selebriti, Tidak!. Kerana saya bukan salebriti. saya hanya insan yang hina dan penuh dengan dosa... Cuma saya mula suka menulis dengan bermain dengan kata-kata...senyuman sinis buat mereka yang suka sembang kemas, termasuk saya..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design