09 November 2009

Pemikiran Muslim Super


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Saya masih lagi mengulang kaji kursus IDEU2107 (Kursus Pembangunan Minda). Teringat kepada pensyarah yang mengajar kursus ini kedua-duanya dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Ustaz Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir dan Ustaz Mohammed bin Yusof.

Tertarik untuk berkongsi mengenai jenis-jenis cara berfikir. Mungkin selepas ini bolehlah kita menilai, di manakah kita atau bagaimanakah sebenarnya kita berfikir.


Pemikiran Vertikal

Pemikiran Vertikal adalah satu cara berfikir dari satu titik ke satu titik yang lain, umpamanya seperti kita menyusun batu-bata satu persatu, atau kita mengali lubang sampailah lubang itu nanti menjadi besar (Kuasa Berfikir Kreatif Teknik Menyelesaikan Masalah secara Kreatif -Ainon binti Mohd & Abdullah bin Hassan)

 Mereka yang berfikir secara vertikal hanya akan berfikir mengikut logik akal. Sebagai contoh, apabila kita belajar dengan bersungguh-sungguh kita akan mendapatkan kejayaan, seterusnya kita akan beroleh kerja yang bagus, mendapat gaji yang tinggi dan hidup dengan senang dan mewah. Bermakna kita hidup mewah kerana kita belajar bersungguh-sungguh. Bentuk pemikiran ini boleh diumpamakan cara berfikir 1,2,3,4,5, dan seterusnya 6.

Pemikir vertikal tidak akan berfikir, apabila seseorang itu belajar bersungguh-sungguh, kemudian berjaya, dan hidup senang lenang. Ada juga orang yang tak belajar dan gagal dalam hidup beroleh kejayaan malah gajinya lebih tinggi dari orang yang berlajar dengan bersungguh-sungguh. Cara berfikir seperti ini  (1,2,3,1,2,10) berlawanan dengan pemikir vertikal.

Pemikiran vertikal akan berfikir dari sebab kepada akibat, dan sebab dan akibat perlulah logik.

Pemikiran Kritikal

Kita selalu berkata kita perlu berfikir secara kritikal. Tapi fahamkah kita apa maksud pemikiran kritikal itu?

Pemikiran kritikal berguna untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada

Perkataan kritik berasal daripada 'kritikos' yang bermakna 'mampu menilai'. Pada masa ini perkataan kritik mempunyai konotasi negatif. Kegiatan mengkritik sentiasa bermakna membuat kritikan negatif, iaitu mencari kesalahan, kesilapan dan kelemahan. Ketiga-tiga aktiviti itu adalah aktiviti serangan, cemuhan dan kutukan.

Sebagai contoh seorang pemikir kritikal apabila menerima sesuatu idea hanya akan memberikan kritikan, cemuhan dan ketidak-puasan walaupun dengan niat untuk memperbaiki idea tersebut. Pemikir kritikal  akan memberikan kritikan kepada sebuah rumah papan dengan harapan rumah papan tersebut menjadi sempurna seperti rumah banglo. Tetapi sifat pemikir kritikal hanya akan membuang apa yang salah tanpa memperbaiki mana yang sepatutnya. Bagaimana sebuah rumah papan kemudian dibuang beberapa bahagian yang tidak sempurna (tanpa memberi cadangan penambah-baikan) akan menjadi sebuah rumah banglo yang sempurna. Bimbang rumah papan itu yang asalnya elok akan roboh dek kerana terlalu banyak yang dibuang dan dikritik.

Pemikir kritikal akan hanya kadang-kala menyebabkan pemilik idea akhirnya berputus asa kerana perbuatan mengkritik (adakala pemikir kritikal akan mengunakan cara agak sinis) hanya akan membunuh idea bukan mengembangkan idea. Walaubagaimana pun pemikir kritikal juga penting dalam memastikan sesuatu idea itu tampil sempurna.

Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kreatif adalah ciri pemikiran yang melihat dari pelbagai sudut bertujuan untuk memecahkan masalah dengan lebih teratur. Pemikir kreatif aan menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu. Strategi berfikir seperti ini melahirkan pelbagai konsep :

  • Selesai masalah.
  • Selesai konflik/perselisihan
  • Rekacipta
  • Strategi
  • Hipotesis/andaian

Ciri- ciri pemikiran kreatif :

  1. Sengaja menghasilkan idea baru konsep baru dan tanggapan baru. Masudnya idea yang dikemukankan jauh menyimpang dari konsep sebenar. Adakala idea yang dikeluarkan agak gila-gila dan mencabar fikiran logik
  2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang difikirkan. Maksudnya ia cuba lari dari kebiasan dalam melihat sesuatu. Semakin banya sudut pandang semakin baik.
  3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang sedia ada. Maksudnya tujuan pemiiran ini adalah untuk membawa perubahan bukan meneruskan idea yang sedia ada.
  4. Mencari jalan baru bagi mengantikan penyelesaian yang sedia ada.
  5. Tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang
  6. Berfikir bahawa idea yang kelihatan tidak logik tidak semestinya tidak berguna. Gemar mengunakan logik songsang.
  7. Gemar memikirkan akibat yang akan terjadi akibat idea yang gila-gila itu
  8. Pemikiran kreatif digunakan untuk menyelesaikan masalah mencipta peluang-peluang baru dan menyokong idea yang bertentangan dengan fikiran semasa.
Pemikiran Lateral

Cara pemikiran inilah yang sangat menarik. [klik sini] Pemikiran seperti ini boleh diketegorikan sebagai cara berfikir yang hebat. Istilah pemikiran lateral telah diasaskan oleh Dr. Edward de Bono pada tahun 1967. Seorang yang berfikir secara lateral akan berfikir 'di luar kotak'. Tida tersempit dengan idea-idea lama tetapi berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru. Contohnya, untuk memotong rumput, kita akan memotong rumput mengunakan parang. Tetapi orang yang berfikir secara lateral akan berfikir bagaimana hendak memotong rumput dengan lebih berkesan dan cepat. Maka akan timbullah idea-idea baru, dengan mengunakan mesin pemotong rumput. Mesin itu pula ada berbagai jenis, dari yang cuma mengunakan minyak dan enjin kepada mengunakan bateri kepada menggunakan elektrik. Begitulah cara pemikir lateral berfikir.

Misalnya ada seseorang yang berkata kepada kita, "Kucing Ahmad terbang". Pasti kita akan berkata, bahawa orang tersebut mungkin tak betul. Tapi cara pemikiran lateral akan berfikir dengan cara yang berbeza. Daripada "Kucing Ahmad terbang" mungkin kucing Ahmad sedang berada di atas pokok, mungkin kucing selesa untuk berada ditempat yang tinggi, kenapa kucing suka tempat yang tinggi, oo mungkin ada baiknya membuat rumah di atas pokok.

Agak pelik juga untuk berfikir begitu. Tapi itulah sifat pemikiran lateral. Stail pemikiran ini datangnya daripada asahan. Bermakna, setiap dari manusia itu boleh berfikir secara lateral sekiranya melalui latihan-latihan dan diasah dengan sebaiknya. Pemikir lateral juga suka mengunakan provokasi bagi mencipta sesuatu yang baru . Inilah keistimewaan akal manusia yang Allah anugerahkan.

4 ciri pemikiran lateral

  • Bersifat generatif, iaitu mampu menerbitkan banyak dan berbagai-bagai idea. Is berhasrat mencari idea yang kesemuanya betul belaka. Tujuan utamanya adalah mencari alternatif-alternatif untuk mencapai sesuatu matlamatnya.
  • Ia tidak berminat pada soal YA-TIDAK, SALAH-BETUL atau LOGIK-TAK LOGIK. Berfikir secara lateral berminat untuk mencari berbagai-bagai kemungkinan. Ia tida berminat untuk mmbuat penilaian atau keputusan.
  • Ia tidak suka mempertahankan apa-apa idea. Idea yang betul pun ia tidak suka pertahankan. Pemikiran lateral menganggap idea yang terbukti betul pun masih boleh diperbaiki lagi.
  • Ia tidak menolak apa-apa idea. Idea yang tidak logikal pun ia tidak tolak. Ia lebih berminat mencari apa yang baik pada sesuatu idea. Dari situ ia boleh mencipta idea-idea yang lebih baik.

Pemikiran Paralel

Pemikiran Paralel adalah mengunakan kaedah 6 topi berfikir. Pemikir paralel akan berfikir tentang sesuatu mengikut situasi.  Teori ini dicipta oleh Edward de Bono. Perlu guna 6 topi – ikut kaedah ini kita perlu pakai satu topi pada suatu waktu, jangan pakai banyak topi dalam satu waktu nanti pemikiran akan berkecamuk

Topi hijau
  • Lambang pemikiran kreatif.
  • Lambang otak yang subur dengan idea-idea
  • Sewaktu memakai topi ini, jangan fikir idea itu betul atau salah, tugasnya Cuma terbitkan idea sahaja.
Topi kuning
  • Lambang pemikiran konstruktif atau membina.
  • Membina & meneroka idea-idea baru
  • Mencari faedah dari idea yang dikeluarkan oleh topi hijau.
  • Bagi topi kuning, semua idea boleh diguna pakai dan digilap untuk dikembangkan (walaupun idea gila-gila)
  • Tidak ada yang mustahil.
Topi putih
  • Lambang pemikiran optimis & natural.
  • Tidak ada emosi, prejudis, suka atau tidak, diterima @ ditolak dalam membuat keputusan.
Topi hitam

  • Lambang  pemikiran kritikal dan negatif.
  • Sangat berguna untuk menghasilkan perkara seperti pelan keselamatan.
  • Sebelum membuat keputusan, berfikirlah apa baiknya dan buruknya

Topi merah
  • Ghairah dan nafsu
  • Kena berhadapan dengan emosi dalam sesuatu situasi.
  • Sesuatu tindakan perlu fikirkan emosi orang lain.

Topi biru
  • Lambang langit.
  • Berada diatas sekali.
  • Yang sesuai pakai, pengerusi mesyuarat & ketua perbincangan.

Pemikiran Analitikal
  • Daya usaha/analisis iaitu bahagi bahagian-bahagian yang besar kepada yang lebih kecil.
  • Analisis berdasarkan sesuatu (peristiwa dahulu).
    Aktiviti analikal ada 3 bentuk :
  • Cuba memahami keadaan kompleks.
  • Cuba memahami hubungan sebab dan akibat.
  • Cuba memahami persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan.
Selamat membaca dan mencari apakah jenis pemikiran kita (^_^)






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

  1. bgos la...lagipun blog ni cantik sangat!coz i luv pink..huhu..kreatif..dpat byk mklumat daripada sini..thanks so muc!

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design